Friday, February 18, 2011

luahan rasa!

apalah erti sebuah kehidupan jika dipersia,
sedangkan kita semakin dimamah usia,
apalah erti sebuah kebahagiaan jika penuh dgn tipu daya,
walhal kegembiraan dikuasai oleh segala kepalsuan,
mengapa pemikiran kini menjadi dalang?,
mengapa hati kini menjadi hitam?,
busuknya hati sama seperti busuknya bangkai,
dikatakn kejam marah,
dikatakan hina di maki,
sedarlah!tidak ada bezanya kita mahu rupa,harta atau kedudukan,
hanya ibadat yang membezakan kita di mata Yang Maha Kuasa,
bukan aku menganiaya,bukan juga ak di aniaya,
ini hanya satu penyedaran untuk kita semua,
baiknya hubungan kita dengan Allah SWT,
maka baiklah hubungan kita dengan manusia,
usah di maki dan di keji seseorang itu,
usah diaibkan keburukannya,
kerana hanya kau yang akan kaya dengan dosa,
sedangkan dia percuma kau memberikannya pahala,
alangkah degilnya kau yang tidak mendengar kata,
kerasnya hatimu mengalahkan batu,
perlukah kau melakukan itu?
sedangkan itu hanya menambah celaru pemikiranmu,
bahagiakah kau menjatuhkan dia?!
gembirakah kau merosakkan dia?!
hebat!kau memang hebat!kau tidak berperikemanusiaan!
kau mendekatinya hanya sekadar untuk melepaskan nafsumu yang sama bandingnya dengan nafsu binatang!
tahukah kau wanita itu adalah harta yang paling berharga?!
sanggup kau menyentuhnya tanpa sebarang ikatan yang sah,
kau langsung tidak menghormati orang tuanya yang telah membesarkannya,
apa kau tega jika suatu hari adik perempuanmu diperlakukan sebegitu rupa?!
sungguh!kau kejam!
dan kau wanita!begitu murah harga dirimu,sehingga sanggup menggadaikan mahkota berhargamu kepada si jantan keparat!
alangkah bodoh!kau ibarat bunga yang telah di hisap madunya oleh lebah sehingga layu,
setelah itu ditinggalkan kau terkapai-kapai sendirian mencari jalan penyelesaian,
terlalu percayakan janji manisnya sehingga kau menjadi terlalu rapuh untuk bertahan,
titik hitam itu telah menjadi satu lagi pemusnah dalam dirimu,
apa kau fikir kau di sayangi?kau di hormati dan di segani?
tidak!masyarakat akan memandang serong terhadapmu,
kini kau menghancurkan lagi hati orang  tuamu dengan 'mencipta ajal'mu hanya kerana malu,
kasihan malaikat sebelah kirimu kerana tidak putus-putus mencatit segalanya,
tidakkah kau fikir akibat perbuatanmu akan memalukan keluargamu untuk kali kedua?!
aku hanya mencoret kata hatiku yang lama terpendam,
memang kita semua tidak sempurna tapi cubalah untuk melakukan satu anjakan paradigma,
agar kita sentiasa menjadi lebih baik daripada yang terbaik,,
InsyaAllah....=)