Thursday, September 20, 2012

Sandakan(Part 1)



Assalamualaikum..=)


Sepatutnya bnda ni lama sudah diupdate tp memandangkan semua fotonya ada sama kazen gue jadi terpaksa deh gue nungguin dia ngapdate di facebooknya..ahaha..Dengan belas ihsan dari Cik Edaya dpt ler i update entry ni..huhuh..Sebenarnya masa ni kazen ak yg disandakan kawin so sambil2 tu kami pegi holiday ler..Ok baiklah rakan-rakan dengan lafaz bismillah saya persembahkan foto yg sempat disnap(ok skema!)



Bunga dan telur maka jadilah bunga telur..hahha..Kalau kenduri2 kawin xda bunga telur x sah kan kan kan?


Nilah dia bala2 tentera yg bersama2 menjayakan projek bunga telur..


Jangan tuduh ak curi tulang..Aku pun termasuk oke!hahaha

Sementara tunggu abg aku habis solat jumaat jadi kami singgah gerai bakso jawa..Mesti kamu tertanya2 mana baksonya?..Baksonya udah kami makan ya..Dengan gelojohnya ak minta belikan burger lagi tp share la memandangkan sudah macam naga perut tu(ammvooii bukan main bernafsu anak2 dara ni)..ahaha..Kazen ak minta org tu belah jadilah pula burger cinta lop lop gitu..heheeh



Hah..masa ni kami dgn bangganya rasa mcm dkt kehel pun ada sbb shopping mall yg baru disandakan sangat besar..Tapi bila masuk yang adoo!masih baru xda apa pun dalam tu..Cari kbox pun xjumpa sbb blum buka lg..haha


Masa ni ak dgn kazen ak ni terkinja-kinja nampak tu motor sbb macam motor yg dlm x-men tu kan daya kan?..Memandangkan org dia xda so kmi pegi curi2 bgambar..kazen ak paling semangat sepenuh jiwa dan raga dia bgambar dgn motor tu..hahaha


Yang ni dkt kbox..Punyalah susah mau jumpa kbox disandakan pusing pny pusing x jumpa last2 kazen ak ni pegi tny kwn2 fb..Akhirnya jumpa jgk la tp itu pun tpksa pegi hotel dia ada la kbox disana..ak xingat apa nma hotel tu..Oke la cantik hiasan dalaman dia cuma set karoke dia msih guna tv biasa..hmmm


Malam tu majlis akad nikah kazen aku pija..Semua keluarga pihak pengantin perempuan kena suruh pakai jubah hitam maka sedondonlah kami semua..heheh..pengantin kecik saja ak yg yoyo oh di depan tu..


Ni pelaminnya..lepas akad nikah majlis berinai pula tu sebab sekali ada pelamin sana..


Ni pija kazen aku yg nikah tu..cantik manis orangnya..Entah bila pula giliran aku..ahahaha..Amvoi amvoi langkah bendul kaka sendiri kau kina!Kelaasss!ahhaha..Takde maknenye pun~


Ketika akad sudah dilafazkan maka si suami menyarungkan cincin kejari manis si isteri tanda ikatan yg suci..Wah!Kemain ak madah berhelah disini..hahha


Kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar..Mcm xbiasa kalau perempuan pantang nmpak cermin mesti snap!snap!pnyaaaa...


Bukan yg muda saja yg mau berpose yg tua juga tak kurang hebatnya..ahahaha..kiri dan kanan itu macik2 ak yg tengah tu my beloved mama..muaaahh!


Kan gue udah bilang..Klau bulan bisa ngomongggg ehh!hahaha..Sedhondhon yo!hehheh


Ohyeay!Tanpa membuang masa kami mestilah merasa pelamin itu!manalah tau tahun depan ada antara yg berdiri tu pula yg kejinjang pelamin..yahooo!hahah


Inilah gadis bertudung coklat ka krim ni?Antamla..hahah..inilah kazen ak yg selalu memberi gmbar2 utk ak update blog ni..Tengkiu-tengkiu..xie xie..syukran!vanakam?..offside!ahahah..Terima kasih atas belas ihsan mu..hahahah..Ep!ep!ep!Tidak dibenarkan mengorat kerana ini gadis comel lote sudah ada yg pooonyaaaa..hahaha..Melepassssss~~~(Gigit jari jela yer)
*
*
*
*
Assalamualaikum..=)

Saturday, September 15, 2012

Mini bun sosej

Assalamualaikum..=)

Hari ni ak mau kongsi resepi dengan kamu kamu kamu semua..Apa benda pula hari ni?..Haaaa hari ni ak buat mini bun sosej..Macam biasalah dengan kerajinan ak ni ak selongkar segala bahan yg ada(rajin kalau lapar..ahaha)...COMPLETE!Jadi misi boleh diteruskan..hehehe


Mari kita lihat bahan2 yg diperlukan..
Laptop tu bukan sebahagian daripada bahan yg diperlukan ye..laptop sebagai panduan akak membuat bun ini..tengkiu kepada MYRESEPI.COM..hehehe

BAHAN-BAHAN:
  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) dry yeast
  • 8g susu tepung
  • 10 btg sosej(bagi 2= 20btg)
  • susu segar utk sapu di roti(aku guna susu cair f&n memandangkan susu segar xda)


CARA-CARA:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke kecuali sosej. Ikut arahan pd untuk buat doh roti
  2. Bila dah siap, keluarkan doh. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 20 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
  4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
  5.  Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.


 asing-asingkan jadi 20 doh kecil...



Sepatutnya jadi mini bun tp jdi long bun pla..lupa nama asal..ahaha



 JENG..JENG JENG....macam mana?xbrapa cantik sbb 1st time buat..heheh



Bolehlah dihidang bersama teh panas sambil-sambil on9..(ketara buka twitter..ahaah)


Kamu mandak-mandak try la buat mana tau lgi sadap kamu buat..yang laki-laki pun klu minat buat la..xla susah sgt..enjoy buat bun ni!hehehe..Selamat mencuba!
*
*
*
*
Assalamualaikum..=)

Tuesday, September 11, 2012

Spaghetti Curry..=)

Assalamualaikum..=)


Tetiba ak menjadi rajin hari ni untuk berkongsi resepi yg tidak seberapa..hehee..Tadi dengan perut yg lapar ak masuk ke dapur untuk cek makanan apa yg boleh ak sumbat untuk buat perut ak senyap dari berdangdut..Buka tudung saji,omak takdo makanan..Buka almari ak jumpa sanremo spaghetti sebungkus tapi sos prego/kimball pula xda..Dalam keadaan perut yg lapar mendesak otak ak untuk mengolah resepi supaya mee spaghetti itu boleh dimakan..hahaha..Mai ceq kongsi resepi dengan hangpa semua..(ntah btul ntah tidak bahasa aku ni main balun ja..hahah)..=)


BAHAN-BAHAN:
Mee spaghetti(1/2 bungkus atau sesuka hati)
Meatball/fishball suka hati byk mana dan dipotong 4(ak guna bebola sotong)
serbuk kari(2 sudu makan)
bawang merah(1biji) dihiris
bawang putih(1biji) dihiris
perasa(garam,MSG,gula tapi ak guna knor tu ja yg cukup rasa tu..ahahah)
serbuk lada hitam

CARA-CARANYA:
Didihkan air dalam periuk dan masukkan mee spaghetti,untuk mengelakkan mee kita melekat antara satu sama lain masukkan sedikit minyak,juga sedikit garam(ak xtau apa fungsi garam ni tp selalu ak tengok rancangan memasak dorang letak garam..heheh)..Bila dah kembang cantik mee tu angkat la dan toskan.

Lepas tu sediakan kuali,panaskan minyak dan campak2 bawang merah dan putih yg dah dihiris tadi.Bila dah naik bau semerbak,masukkan serbuk kari yg digaulkan dengan sedikit air putih.Biarkan lagi hingga naik bau dan campak lagi bebola sotong(bebola sotong ni ak goreng sebelumnya supaya garing sedikit)..Dengan senang hati ak memasukkan mee tadi dan gaul2 sampai sebati..Last sekali ak letak perasa secukup rasa dan serbuk lada hitam ku hambur2kan di atasnya..=)


TADAAAA~~~hahaah..gmbar kurang kualiti sorryy.Sedap!Try lah!xrugi nyah..haha..Alhamdulillah..


Selamat mencuba!
*
*
*
Assalamualaikum..=)

Wednesday, September 5, 2012

Assalamualaikum..

Assalamualaikum..


Malam ini dengan udara yg agak panas 
keringat mulai mengalir didahiku 
kadang aku berfikir,Kenapa?
kenapa dunia ini semakin panas?
Aku gelisah..Kenapa hati ini juga panas?
Terkadang pada malam aku bersendirian
hati tiba-tiba merasa hiba ada sedikit rasa kesayuan
mulai menjelma dalam hati..


Aku tersenyum..
Ahhh..Mungkin hanya mainan perasaan!
Aku gelengkan kepala cuba menghilangkan
perasaan itu..
Ia datang lagi!Aku cuba mengusirnya jauh-jauh..
Semakin aku cuba mengusirnya dari minda
perasaan itu semakin kuat mencengkam di dada
mataku terasa panas 
Dan kini setitik demi setitik mutiara jernih ku jatuh


Aku tersenyum lagi...
cuba mencari kekuatan,ingin mengembalikan ketenangan
seingatku aku bisa menghadapi semua ini sendirian
ternyata aku salah!Aku berbohong pada diri sendiri..
Benar aku lemah..
tetapi kelemahan itu yg menjadi pembangkit semangatku kembali
Aku cuba menjadi seorang yang tabah tapi aku gagal
aku cuba berlagak tenang tapi semuanya palsu!
Aku ingin sekali menangis mengeluarkan segala isi hatiku
tapi kenapa?Apa yang perlu aku tangisi?
Sedangkan Allah SWT sentiasa ada bersama mendengar rintihan hambaNya


Aku dalam dilema
tetapi aku tidak pasti dilema tentang apa?
Aku keliru aku cuba memahami apa yang sebenarnya
tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang aku untuk memahami
Dalam setiap zikirku hatiku rasa seperti ada ketenangan
dalam doa ku aku mengharapkan satu keajaiban
Mungkin kesedihan ini juga adalah salah satu caraNya untuk mendekatkan aku
 kepadaNya..


Ya Rabb aku memohon perlindungan dariMu
aku mohon pertolongan dariMu
Agar kesedihan ini akan hilang dengan serta merta
tak rela hati terseksa 
tak rela lagi menahan derita
Biar terhapus air mata kesedihan ini
dibawa angin dan dihanyutkan ombak jauh dari hati yang lara ini..