Thursday, March 7, 2013

L.I.F.E



Assalamualaikum...
Mungkin entry kali ini agak serius atau mngkin bila korang baca korang dpt rasakan yg aku ni tengah menaip dlm keadaan emosi x stabil..Tapi percayalah aku buat entry ni tulus dari hati..Kenapa?Sebab aku tidak bermain-main dengan kehidupan..Entry kali ini aku isikan tentang "LIFE"..ya kehidupan yg aku maksudkan..

Aku bercerita bukan atas dasar imaginasi kerana apa yg aku cuba sampaikan adalah sebuah realiti..Kebelakangan ni aku selalu dengar keluh kesah dari org2 sekeliling xkiralah yg aku kenal ataupun tidak..Aku mmg xdpt bantu apa2 dalam masalah mereka tp untuk menjadi pendengar yg baik in shaa Allah..Kenapa aku tiba2 becakap tentang kehidupan?Sebab terlalu ramai yg mengeluh bagaimana susahnya kehidupan..Bagi aku kehidupan itu adalah sesuatu yg perlu kita nikmati dan manfaati kerana kehidupan adalah sesuatu yg indah bagi mereka yg mensyukuri.

Ada yg selalu mengeluh tentang perbelanjaan rumah,anak2,pekerjaan dan mcm2 lagi..Kita cerita bagai nak rak seolah2 hidup kita paling susah dan menderita didunia sedangkan kita x tahu ada yg lebih menderita dari kita ada yg sengsara dari kita tapi mereka diamkan kerana apa?KERANA mereka adalah org2 yg bersyukur yg diberi ujian oleh Allah SWT dan itu bererti Allah masih syg kepada mereka.Kita x tahu ada antara mereka yg mempunyai tragedi hitam dlm hidup sebelum ini tapi mereka masih bertahan utk hidup dan tidak mengeluh kerana apa?KERANA meraka tahu akan ada sinar baru yg akan hadir pada akhir nanti cuma mereka perlu bersabar dan redha dgn takdir Allah..

Kehidupan...bagi aku kehidupan itu sama seperti langit..Langit menjadi gelap ketika hujan kerana ditutupi awan hitam tapi bila hujan berhenti langit akan cerah seperti sedia kala malahan bertambah indah dihiasi pelangi..Maksud aku kehidupan tu kadang kala sukar tapi kita xpyh risau kerana pada akhirnya pasti ada kebahagiaan untuk kita..Kita semua menginginkan kebahagiaan dlm hidup tapi untuk mencapai kebahagiaan itu tidak semudah ABC..kita kena mengharungi pelbagai dugaan dan yg paling penting kita perlu bersabar.

Kehidupan itu mudah jika kita redha cuma kita sahaja yg suka menyukarkan keadaan dan suka membebankan fikiran..Xsalah untuk kita meluahkan perasaan kepada teman kita tp klu boleh jgnlah sampai membuka pekung didada..Minta pada Allah agar dipermudahkan kehidupan kita..Aku berkongsi atas dasar pengalaman mcm yg aku sebutkan tadi xperlulah aku membuka pekung didada asal kita redha kita akan dapat hidup dengan gembira..

Thanks for reading!Assalamualaikum..=)