Tuesday, August 28, 2012

Bercinta?..Pernah Dan Tak Pernah..=)

Assalamualaikum..=)

Aku bukan seorang pelukis yg hebat jadi ini sbagai gmbaran yg aku buat..(boleh laaa)..hahaha


Oke mesti kamu x fahamkan apa yg cuba aku sampaikan?..Sabar sabar..sabar itukan separuh daripada iman..hehehe..Kebelakangan ni ramai bertanya dan bercerita tentang cinta dan aku adalah salah satu pendengar setia..Jangan salah faham!Aku cuma mendengar bukan doktor cinta ka doktor hati ka..So bila minta tips dalam bercinta aku kurang arif dan tidak tahu tapi kalau tanya aku tentang menghindarinya dan mencintai sesuatu yg lebih bermakna aku boleh beri serba sedikit pendapat dan cadangan dari ilmu aku yg xseberapa ni..Mungkin entry kali ini agak panjang daripada selalu..=)


Sebelum ni ada seorang dan beberapa hamba Allah yg lain bertanyakan soalan cepumas tapi kalau kita tenang apa saja soalan kita dapat jawab dengan tepat dan munasabah..Oke soalannya lebih kurang soalan dlm gmbar diatas..Mesti kamu hairan dengan jawapan "Pernah dan xpernahkan"?..Tak pernah kerana aku memang tidak pernah bercinta..(Tu dulu2 masa disekolah tu?)..Itu bukan bercinta itu perasaan suka dan nafsu..Nafsu itu yg mendorong kepada perkataan "couple"..


Maaf jika berbeza pendapat dgn yg lain tp ini pndapat aku..Bagi aku cinta itu sesuatu perasaan yg suci,perasaan yg tulus dari hati kalau benar perasaan dulu2 tu sampai membawa perkataan "couple" tu adalah suci mengapa kita terbayang-bayang kepada yg bukan halal bagi kita?Bermesej yg tidak2 kepada yg belum halal bagi kita?..Contohnya "i miss u",sayang,baby,sweetheart dan mcm2 lagi..Jika semasa couple dgn seseorg yg blum tntu mnjadi pasangan kita ttp sudah mengeluarkan kata manis itu apalagi yg tinggal utk si suami/isteri?Perkara yg paling aku tidak berapa berkenan adalah apabila segala perbuatan,hendak pergi kemana dengan siapa itu perlu dilaporkan kepada seseorang yg tiada ikatan dengan kita..Ingat sahabat!Mereka bukan suami/isteri kita tidak perlu takut berdosa kerana tidak melaporkan apa2..Dan jika benar si pasangan benar-benar mencintai kita dia tidak akn mengajak kita couple kerana takut membawa kita jauh dari Allah SWT dia takut hati kita akn menjadi kotor kerana dia ingin bersama-sama kita menuju ke syurga Ilahi..(Jadi macam manalah kalau sia suka betul suda sama tu sumandak/boi?)..Jangan risau sahabat,kalau benar kita sudah tidak boleh lupakan si dia kita berdoa kpdNya agar dia disimpan utk kita,untuk menjadi pasangan hidup dalam redhaNya..


(Bersalahkah saya kalau saya mencintai seseorang dalam diam?)..Tidak!kerana aku yakin tiada siapa yg dapat lari dari perasaan itu sebab cinta itu telah dicampak kedalam hati setiap insan oleh Allah untuk mencintaiNya..Cuma bagi aku jika mencintai seseorang dalam diam kita doakan dia dalam setiap doa kita,doakan kesihatan,kebahagian dan kesejahteraan dia..Jangan terlalu mengharap kerana mungkin dia bkn yg terbaik utk kamu..Mama aku selalu pesan terima seseorang itu jika dia berjaya membuatkan aku semakin mendekati Allah SWT(terima mksudnya disini adalah sebagai pasangan hidup bukan sbgai boyfriend),mungkin kamu jgk harus memegang kata2 ini kerana seseorang yg mencintai Allah pasti akn mencintai kamu dengan tulus semuanya kerana Allah SWT..=)


(Bagaimana dengan jawapan "pernah"?)..Ya memang aku pernah bercinta dan aku masih mengejar cinta itu..Pertama kali aku jatuh cinta rasanya sangat indah,hati kembang kuncup,terasa dilindungi walau dimanapun berada,hati sentiasa tenang setiap kali mengadu denganNya..Cinta kepada Allah SWT itu cinta pertama aku..Aku jatuh cinta kepadaNya kerana Dia langsung tidak melihat parasku,hartaku,pangkatku..Dia menerima aku seadanya,walau terkadang aku lupa tentangNya aku ditegur dengan sedikit musibah.Dicampakkan hidayah kepadaku diberikan cahaya untuk aku berjalan kejalanNya..Oh!wallahi aku jatuh cinta kepadaNya..kerana cintaNya aku berubah kerana cintaNya juga aku semakin dekat kepadaNya..Subhanallah!Segala-galanya berubah dalam sekelip mata..KuasaNya tiada tandingan,rahsiaNya diluar batas pemikiran kita..Aku bersyukur kerana masih ada cinta untuk ku dariNya..


Ada yg akan kata (alaaa..tu sekarang baru la kau ckp gitu dulu mesti kau pun samakan?)..Ya aku tidak nafikan aku juga pernah buat silap..Siapalah didunia ini yg xpernah melakukan silap dlm hidup malah org yg alim juga pernah tersilap apalagi aku yg baru mengenal cintaNya..Aku berkongsi disini kerana aku ingin sahabat2 semua mengambil iktibar dari ceritaku..Dulu aku salah dan banyak silap tapi sekarang aku sedar semua itu bukan apa yg aku cari dalam hidup ini,aku tiada tujuan dulunya tapi alhamdulillah kerana hidayahNya dengan sekelip mata semua perkara yg salah itu perlahan-lahan aku dapat tinggalkan,yg ada hanyalah perasaan takut kepadaNya..


Thanks for reading dan harap ada sesuatu yg berguna boleh diambil daripada entry ini..Aku hanya berkongsi dan terpulang kepada sahabat jika ingin mengambil iktibarnya ataupun tidak..Tiada niat hendak berlagak baik atau menunjuk2 cuma berkongsi apa yg perlu..=)
*
*
*

Assalamualaikum..=)

p/s:Hidayah Allah itu ada dimana2..Hidayah itu perlu dicari bukan dinanti..Selamat beramal..=)

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri..=)

Assalamualaikum..=)

Hari ni sudah masuk hari raya yg ke-6 tapi baru harini aku berkesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd si comelsss dan si macho yang baca entry ni..utk yang ponteng puasa saja-saja tu xboleh raya sakan yeee..hahahaa..Macam mana raya kamu tahun ni?Ada best ka?Duit raya masyuk?Mesti banyakkk tu kan..Ok harini aku mau story apa yang aku buat selama 6 hari berhari raya ini..hehehe=)


oke..Lupa kan muka aku yang fresh lagi suci dan murni mcam minyak masak sri murni itu..kakakka(Muka baru mandi xjumpa tudung tuala pun jadilah..ahahhaa)..Novel sebelah aku tu aku beli masa raya yang ke-4 sementara tnggu kwn2 yg lain dtg aku pergi singgah popular di centre point..Betul-betul x sangka aku jumpa novel ni sbb cpt habis stok slalu aku xsmpat beli..Heppy btul aku sampai loya2 x sedar diri dikedai tu..ahahaha..Novel ni mmg aku lama sdah cari karya melur jelita sgt2 best!Tebalnya bukan alang kepalang 1056 muka surat tau!Kalau buku sejarah tebal macam ni alamatnya telur ayamlah jawabnya..ahahaha..Kenapa aku letak cerita ni sbagai intro?Sebab aku punya sukalah..hhahaaah



Raya pertama masih sama mcam tahun-tahun yang lalu..Ziarah kuburan nenek lelaki dan nenek perempuan..lepas tu Open house macik aku di ketiau dan di tmpat mama aku di petagas x lupa jgk dirumah macik aku di mana aku lupa suda..hahaah..Aku macam biasalah mesti x mau tinggal smua tmpat pun ada muka aku..ahahaah..yang bezanya raya pertama aku tahun ni aku dan keluarga dijemput kerumah pacarnya abg gue ya..hahaah..Setelah itu(cewah!ayat..ahaha)..Aku juga dijemput oleh kawan aku si Arief masa sekolah menengah yang sudah berapa tahun x jumpa pun aku x tau pdahal rumah dekat seja(tu pun aku baru tau ya adik2)..hahaa..Xada pic lupa bergambar..hehehe..ohh lupa!kawan aku si daya pun open house dan konfom2 muka aku ada lenny,miko,marco dgn adik dia pun ada..hahahaa


Raya ke-2 pula aku pergi beraya di rumah kawan sekolah menegah aku juga si Azahari..lepas dari rumah dia cadang-cadang mau pergi rumah si faris tp xjadi sebab jauh so kami tukar planning pergi centre point(malar ke centre point)..ahahaa..Apa kami buat disana?Kami pergi tengok wayang,makan-makan ntah segala macam kami buat..Lupa mau mention si daya,azahari sama si rizuan laaaaa bala tentera yg menggegarkan cp tu bersama-sama aku..ahahaha


Raya ke-3 paginya aku dan family aku ke rumah bapa angkat abang aku di pasir putih(beza dgn tahun lalu)..Lepas tu aku minta hantar kakak aku kerumah kwn aku si ervy sambil terkinja-kinja macam ninja..hahaha..Dari rumah ervy kami bergerak ke rumah ana..ops!tidak habis di sana perjalanan kami sbb lepas dari rumah ana aku dgn daya rasa mcm mau jln2 so dgn baik hatinya si aza dan si rizuan bawa kami ke tg aru mkn abc special cotcet2 di sana macam diva sampai terkeluar segala cerita mak nenek disana..ahahaah


Raya ke-4  sepatutnya beraya dirumah tunang kakak aku dan kazen dituaran tapi aku x ikut sbb geng karas bawa main bowling..hahaah..Dan sekali lagi di centre point..Aku peduli apa kamu muak dgn cp tu..hahaah..kali ni ada pula gambar tapi bowlingnya mana?ahahah.Lepas dari bowling aku dgn si azahari ni dijemput ke rumah si Hafiezul senior aku masa sekolah menengah dulu..(Jemput laaa sangat)..ahahaha



Raya ke-5 kami beraya dirumah cikgu ipah dikinarut smpat gambar2 lagi..hehehe..Semua ni kawan2 sekolah aku..yang hujung pakai tudung wrrna hampir2 sama dgn aku tula cikgu ipah anak dia pun kawan aku tp dia xda dlm gmbr ni sbb dia yg snap this pict..hehe..yg purple tu pula kazen si mahathir nordin yg duduk pakai kaca mata tuuuu...Lepas dari rumah cikgu ni aku dgn rushnya minta hantar pulang sama si nazrie mau tukar baju sbb kami sudah ketagih main bowling..ahaha..kali ni dua game bestlah..Skrg baru aku rasa bowling tu best klu dulu sorry!Boringgg..hahaha..Masih lagi blum puas jalan kami jalan lagi ke 1B tengok movie yg ntah apa2 drg pilih tu gantung pny cerita..haahah


Raya ke-6....hmmmm....macam x percaya aku masih di rumah sedang menaip entry ni...Buka segala laman sosial yg ada sampai sawan..Buka novel mengelamun kejap..buka icebox tutup icebox..Masuk tandas keluar tandas..Argghhh..Tiba2 aku rasa boring macam terlantar dihospital....=(


Itu seja la yg aku buat raya ni..esok2 x tau lagi..mungkin lbih best dari ini..mungkin..tengkiu kpd yg baca entry ni..heeehehe

Assalamualaikum..=)







Saturday, August 18, 2012

Berbuka Puasa Bersama Ladies Diakhir Ramadhan

Assalamualaikum..=)

U'oll  masih ingat x dengan entry sebelum ni?Aku ada kenalkan kawan-kawan baik aku semasa di sekolah menengah..tapi untuk entry kali ni aku bukannya mau cerita pasal cerita masa muda-muda dulu..hahaha..Ok aku pun malas mau taip panjang-panjang ni..Tersebutlahhh kisaaahhh~~~hahaha!


17.08.2012..(Apalah tu?Kenapalah?)..Jangan mekong baaaa..sabar!(Apa tu mekong?)..Mau tau cek kamus Sabah..ahahaha..Ok macam ni tarikh tu adalah tarikh aku and gadis-gadis comelsss berbuka puasa bersama-sama diakhir ramadhan..(Wow!..Ba jadi kenapalah?Apalah yang special kunu?)..Berani kau tanya apa yang special?Special giler tu kalah berbuka puasa sama Aaron Aziz..hahaha..Almaklum laaa lamaa xjumpa masing-masing dengan haluan sendiri merantau sana sini bila dpt jumpa apa lagi?Heppy gilaaakkk org sabah bilang..hahaha..Sebenarnya bnda ni x plan awal-awal on the spot jak terus jadi..Memang selalunya begitulah bila plan xjadi pula..


Mula-mula aku dengan si ana ni main sms last-last terasa mau keluar bersama then kami koling-koling la lagi kawan yang dua orang tu..(berbuka di palm cafe centre point)


Nilah yang dua orang lagi budak comelss tu..si daya ni mmg klu jln dia x prnah menolak..yang si amoi ni pula berani dia tipu aku dan si daya yang dia x dpt dtg berkomplot dengan si ana tu..huh!sebal!kekekee(Si lenny ni walaupun bukan beragama Islam tapi bila bulan ramadhan dia paling excited)


Hah!Jangan tanya kenapa muka aku mcm tu..aaahaha..Ni dekat depan yoyo(minuman yang femes di centre point mesti mau tembirang-tembirang minum yoyo kalau pegi centre point..ahaaha)


Masa ni bergambar dengan muka xmalu orang lalu lalang disana..hahahaa(mau hantar daya pulang masa ni..nampak plastik bag tu?hah!mknanya aku sempat shopping kejap sblum berbuka si ana pula sempat shopping baju raya selepas berbuka..hehehe)


Ada cerita disebalik gambar ni..ehem!hahaha,,xpa lain kali cerita..eh eh!org belakang tu pun posing laaa..ahahahaa


Eihh!Apa ni??..Apa?muka kami gambar dari siling tu ada cermin-cermin kami mempraktikkan fizik yaa adik-adik iaitu menggunakan kaedah reflection..ahahahaha..masa bergambar tu rasa mcm oke jak bila tgok blik laaa...spoil laaa org tu lalu dekat sana..aahaha..
*
*
*
tu seja aku mau kongsi..selamat membaca!
Assalamualaikum..=)



Tuesday, August 14, 2012

Family Gathering 2012..=)


Assalamualaikum..=)
Hari ni aku mau story pasal...jeng jeng jeng!Lihat gambar diatas dan sila baca pada papan putih itu..hheheh..Sebenarnya majlis ni berlangsung pada 12.8.2012 baru-baru ni tp baru ada masa nak update..huhuh..Yang berucap itulah yang jemput semua keluarga beliau(kami) dan keluarga isteri beliau majlis ini di adakan di Sutera harbour sama seperti tahun lalu..



Eceh..saja tayang minta puji menu makanan malam tu ada nama hotel..kekeke..yg dibelakang tu ada kuih muih dan kurma..(belum masuk makanan berat lagi tau)..hehehe..suka aku kalau makanan ni..Lepas makan kuih muih kami maghrib berjemaah dibilik yang solat yang disediakan..yalah takut terlalu kenyang xdapat solat nanti..hehee



sementara menunggu berbuka puasa kami bergambar-gambar dulu..(padahal org tengah berucap dibelakang sana)hahaha..nampak ka kecomelan/kebulatan aku tu?hahaha..yang tudung hijau tu adik aku,sebelah tu kaka aku dan sebelah lagi my mama..=)




Yang ni pula abang sepupu aku dengan wife dia..yang kecil tu comel macam aku tu puteri mereka..hahaha




ni lah senarai makanan yang dihidangkan malam tu..(macam senarai nama pun ada juggak bunyi dia ni..kekeke)




hah!yang ni dua-dua kazen aku..comelkan?heheh..Nampak x sampul ditangan diaorang tu?Itu namanya angpau!bukan saja dapat makan free angpau pun kena bagi..lumayan!heheheh




perempuan xsah kalau x bergambar dalam tandas..hahaha..




Hah!ambik kamu..betapa hebatnya kami bergumbira dalam tandas yang cantik itu..hehehehe




anak dara pingitan..hehhee..yang kiri dan tengah sudah bertunang yang kanan sekali tuuuu coming soon...hahaaha





yang ni kita punya pencuci mulut dihidang selepas terawih..sedap sagu bersama susu dan gula melaka..=)





x habis-habis wanita-wanita comel ini..ehem!termasuk aku ka?kakakaka..Mesti ada yang cakap warna baju semua ada tema yang sama..ya!betul tu tema tahun ni adalah warna biru dan hijau..hehe..sebelum masuk ballroom sebenarnya ada sesi bergambar untuk setiap ahli keluarga tp memandangkan kami lambat xsempat laaa..But last sekali kami sempat bergambar ramai-ramai dalam keluarga besar Ag. hussin bin Ag. Apong..=)



Itu saja yang aku mau cerita ni hari..hehehe..
Assalamualaikum..=)

p/s:gambar ni aku cilok dari cik edaya maslim kazen aku yang berbaju putih telur tu sbb kamera dia sgt2 cantik..hehehe..tengkiu yaya!muah!

Friday, August 10, 2012

Pakaian bergaya tetapi masih menutup aurat..=)


Assalamualaikum..=)
Jangan konfius gambar di atas ni bukan gambar aku so jangan teruja sangat..hahaha..
Bagi yang masih x kenal dia ni siapa meh aku kenalkan..Ni HELIZA HELMI bintang akademi fantasia yang ke berapa ntah aku pun x ingat..Dia ni antara artis yang ak sangat-sangat suka dari segi pemakaian dia yang sekarang cantik-cantik dan bergaya tapi masih menutup aurat dan menepati syariat Islam..


Sekarang pelbagai jenis tudung dan cara memakai tudung yang diajar dalam youtube tetapi susah nak jumpa tutorial tudung yang menutup dada sebab tu aku sangat-sangat minat dengan cara pemakaian heliza ni..bergaya dan boleh menutup aurat dengan selesa..


Sebelum ni ada jugak kawan yang kata kalau pakai baju longgar x boleh bergaya dengan fesyen-fesyen terkini...Haaa...itu salah satu tanggapan yang salah sebab tidak semestinya kita memakai baju yang sendat sahaja yang boleh bergaya..


X salah kalau nak bergaya tetapi janganlah sampai terlebih(tabbaruj)..Apa yang paling penting ketika kita berpakaian?..Pertama kita kenalah longgarkan sedikit baju tu agar tidak sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh...Kedua tudung kita sekurang-kurangnya kenalah melepasi paras dada..Kenapa?Sebab nanti bila kita tengah syok shopping-shopping ada pula mata-mata liar yang memandang tempat yang tidak sepatutnya..kalau tertutupkan kita boleh pajak baju dengan selesa no worries..hehehe..


Mesti kamu mau cakap (alaaaa..dah tahu mata tu liar kenalah tundukkan pandangan tu x belajar agama kot)..cik adik jangan nak salahkan orang lelaki saja sebab kita yang perempuan ni adalah salah satu fitnah sebab tu kena menutup apa yang patut..kalau tidak masa kan kata-kata (aku lebih rela berjalan dibelakang singa daripada berjalan dibelakang wanita) wujud?..Lihat seberapa bahayanya kita!Renung-renungkan sahabat-sahabatku..

Assalamualaikum..=)


p/s:aku pun masih belajar serba sedikit apa yang aku tahu aku kongsi buat renungan kita bersama..Ingat kawan-kawan membungkus dengan menutup dua perkara yang berbeza..selamat beramal..=)

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan Al-Mubarak~

                  Assalamualaikum kakak,adik,abang,macik,pacik,nenek atok dan yg lain-lain.....=)

Masih belum terlambatkan untuk aku mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan?ka lambat sudah?hehehe..Apa yang perlu kita buat semasa ramadhan ini adik-adik?haaaaa...mestilah berpuasa selama sebulan kan?kan?kan?..Apa itu berpuasa?Mesti kamu cakap aku mcm tgh ajar budak2 darjah2 kan?..ep ep ep!Jangan salah faham soalan ni bukan sahaja diajukan kepada adik-adik,kakak-kakak kalau nak jawab pun boleh tiada masalah..

Ok berbalik dengan soalan tadi.."Apa itu berpuasa?"..hah!GOOGLE tidak di benarkan..hehee..Biar akak yang masih cetek ilmu ni kongsi jawapan yer..



"Puasa bermaksud menahan diri dari suatu perbuatan, misalnya menahan diri dari makan dan minum. Maksud dan tujuan puasa ialah menahan hawa nafsu dan meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah swt, serta menjaga diri dari segala hal yang dapat membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan niat dan beberapa syarat."



Kebayakan daripada kita tahu apa itu puasa..tapi jangan silap puasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum..(iyakah?jadi apalah?)..sabar sabar akak nak bagitahulah ni..ceh!akak konon i muda lagi ok..(perasan!)..ehem..ehem..sebab mata juga kena puasa,telinga dan hati juga..(hah!hati?!)..iya hati..kalau iya pun terperanjat jangan sampai berkerut-kerut dahi tu..hehehe..Kenapa aku kata hati juga kena berpuasa?hmmm...sebab masa-masa puasa nilah kita banyak merungut,mengutuk dan memaki dalam hati..


Semasa dibazar ramadhan(dalam hati):
"Eeee..tengok tu penjual mee goreng tu..pengotor!baju dahlah kotor rambut  
 tak ikat..gelilah nak makan makanan dia"(Hello!bukannya dia paksa kau beli                 
 pun kalau x mahu,pergilah tempat lain tambah dosa kau saja mengutuk dalam hati)


Jammed ketika pulang kerja(dalam hati):
"ihhh..ak geram betullah dengan kereta sebelah ni tak habis-habis memotong!Bodoh betul kalau kau accident depan tukan bagus!"(ehem..tu dah melampau kalau ya pun marah betul cuba bawa-bawa istighfar)

So korang faham ka apa yang ak cuba sampaikan ni?Kalau x faham buat-buat faham yer..ahahaah






               Hah!Banyak betul ganjaran yang kita boleh dapat dengan berpuasa di bulan ramadhan ni..yang ni i cedok dari abang GOOGLE yer..(thanks abg google,cuba baca pelan-pelan ya)


                      Semoga kita sentiasa istiqamah dalam melakukan segala kebaikan..

                                                             Assalamualaikum..=)


p/s:Mesti kamu tertanya-tanya mana hilangnya novel-novel aku tu kan?(ceh..macam cerita mana hilangnya juwita pun ada..ahahah)..Aku simpan utk dihabiskan kalau ada masa aku update dekat sini insyaAllah..