
Assalamualaikum..=)
Jangan konfius gambar di atas ni bukan gambar aku so jangan teruja sangat..hahaha..
Bagi yang masih x kenal dia ni siapa meh aku kenalkan..Ni HELIZA HELMI bintang akademi fantasia yang ke berapa ntah aku pun x ingat..Dia ni antara artis yang ak sangat-sangat suka dari segi pemakaian dia yang sekarang cantik-cantik dan bergaya tapi masih menutup aurat dan menepati syariat Islam..
Sekarang pelbagai jenis tudung dan cara memakai tudung yang diajar dalam youtube tetapi susah nak jumpa tutorial tudung yang menutup dada sebab tu aku sangat-sangat minat dengan cara pemakaian heliza ni..bergaya dan boleh menutup aurat dengan selesa..
Sebelum ni ada jugak kawan yang kata kalau pakai baju longgar x boleh bergaya dengan fesyen-fesyen terkini...Haaa...itu salah satu tanggapan yang salah sebab tidak semestinya kita memakai baju yang sendat sahaja yang boleh bergaya..
X salah kalau nak bergaya tetapi janganlah sampai terlebih(tabbaruj)..Apa yang paling penting ketika kita berpakaian?..Pertama kita kenalah longgarkan sedikit baju tu agar tidak sendat sehingga menampakkan bentuk tubuh...Kedua tudung kita sekurang-kurangnya kenalah melepasi paras dada..Kenapa?Sebab nanti bila kita tengah syok shopping-shopping ada pula mata-mata liar yang memandang tempat yang tidak sepatutnya..kalau tertutupkan kita boleh pajak baju dengan selesa no worries..hehehe..
Mesti kamu mau cakap (alaaaa..dah tahu mata tu liar kenalah tundukkan pandangan tu x belajar agama kot)..cik adik jangan nak salahkan orang lelaki saja sebab kita yang perempuan ni adalah salah satu fitnah sebab tu kena menutup apa yang patut..kalau tidak masa kan kata-kata (aku lebih rela berjalan dibelakang singa daripada berjalan dibelakang wanita) wujud?..Lihat seberapa bahayanya kita!Renung-renungkan sahabat-sahabatku..
Assalamualaikum..=)
p/s:aku pun masih belajar serba sedikit apa yang aku tahu aku kongsi buat renungan kita bersama..Ingat kawan-kawan membungkus dengan menutup dua perkara yang berbeza..selamat beramal..=)
No comments:
Post a Comment