Assalamualaikum..=)

Tetiba ak menjadi rajin hari ni untuk berkongsi resepi yg tidak seberapa..hehee..Tadi dengan perut yg lapar ak masuk ke dapur untuk cek makanan apa yg boleh ak sumbat untuk buat perut ak senyap dari berdangdut..Buka tudung saji,omak takdo makanan..Buka almari ak jumpa sanremo spaghetti sebungkus tapi sos prego/kimball pula xda..Dalam keadaan perut yg lapar mendesak otak ak untuk mengolah resepi supaya mee spaghetti itu boleh dimakan..hahaha..Mai ceq kongsi resepi dengan hangpa semua..(ntah btul ntah tidak bahasa aku ni main balun ja..hahah)..=)
BAHAN-BAHAN:
Mee spaghetti(1/2 bungkus atau sesuka hati)
Meatball/fishball suka hati byk mana dan dipotong 4(ak guna bebola sotong)
serbuk kari(2 sudu makan)
bawang merah(1biji) dihiris
bawang putih(1biji) dihiris
perasa(garam,MSG,gula tapi ak guna knor tu ja yg cukup rasa tu..ahahah)
serbuk lada hitam
CARA-CARANYA:
Didihkan air dalam periuk dan masukkan mee spaghetti,untuk mengelakkan mee kita melekat antara satu sama lain masukkan sedikit minyak,juga sedikit garam(ak xtau apa fungsi garam ni tp selalu ak tengok rancangan memasak dorang letak garam..heheh)..Bila dah kembang cantik mee tu angkat la dan toskan.
Lepas tu sediakan kuali,panaskan minyak dan campak2 bawang merah dan putih yg dah dihiris tadi.Bila dah naik bau semerbak,masukkan serbuk kari yg digaulkan dengan sedikit air putih.Biarkan lagi hingga naik bau dan campak lagi bebola sotong(bebola sotong ni ak goreng sebelumnya supaya garing sedikit)..Dengan senang hati ak memasukkan mee tadi dan gaul2 sampai sebati..Last sekali ak letak perasa secukup rasa dan serbuk lada hitam ku hambur2kan di atasnya..=)
TADAAAA~~~hahaah..gmbar kurang kualiti sorryy.Sedap!Try lah!xrugi nyah..haha..Alhamdulillah..
Selamat mencuba!
*
*
*
Assalamualaikum..=)
pergh. lapar guwa weh hahaha
ReplyDeletelapar mknlah..sanakan banyak kucing gorenglah..ahaaha
ReplyDelete