Saturday, September 15, 2012

Mini bun sosej

Assalamualaikum..=)

Hari ni ak mau kongsi resepi dengan kamu kamu kamu semua..Apa benda pula hari ni?..Haaaa hari ni ak buat mini bun sosej..Macam biasalah dengan kerajinan ak ni ak selongkar segala bahan yg ada(rajin kalau lapar..ahaha)...COMPLETE!Jadi misi boleh diteruskan..hehehe


Mari kita lihat bahan2 yg diperlukan..
Laptop tu bukan sebahagian daripada bahan yg diperlukan ye..laptop sebagai panduan akak membuat bun ini..tengkiu kepada MYRESEPI.COM..hehehe

BAHAN-BAHAN:
  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) dry yeast
  • 8g susu tepung
  • 10 btg sosej(bagi 2= 20btg)
  • susu segar utk sapu di roti(aku guna susu cair f&n memandangkan susu segar xda)


CARA-CARA:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke kecuali sosej. Ikut arahan pd untuk buat doh roti
  2. Bila dah siap, keluarkan doh. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 20 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
  4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
  5.  Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.


 asing-asingkan jadi 20 doh kecil...



Sepatutnya jadi mini bun tp jdi long bun pla..lupa nama asal..ahaha



 JENG..JENG JENG....macam mana?xbrapa cantik sbb 1st time buat..heheh



Bolehlah dihidang bersama teh panas sambil-sambil on9..(ketara buka twitter..ahaah)


Kamu mandak-mandak try la buat mana tau lgi sadap kamu buat..yang laki-laki pun klu minat buat la..xla susah sgt..enjoy buat bun ni!hehehe..Selamat mencuba!
*
*
*
*
Assalamualaikum..=)

No comments:

Post a Comment