Tuesday, April 2, 2013

Mana hilang budi bahasa kita?

Assalamualaikum..
 
Ok ada yg kata aku berbeloging ni sbb nak minta perhatian..Terpulang..setiap org ada pandangan masing-masing tp klu org lain pandang buruk dkt "anda" jgn marah sbb "anda" sendiri jgk seperti mrk..Aku menulis entry kali ni bkn sbb nak memburuk2kan org lain aku cuma nak menegur sikit even aku xlah sebaik mana aku bknnya malaikat..
 
Bismillahirahmanirrahim..Kebelakangan ni kita tengok anak2 muda belia  mcm aku ni ramai sgt yg suka mengeluarkan kata2 kesat..Lelaki perempuan xkisah bertudung atau tidak pun tiada beza..Aku x kata smua,adalah segelintir..
 
Yg lelakinya mcm biasalah main lepas ckp saja tp walaupun org kata "ala lelaki xapa biasalah tu" padahal apa yg keluar drpd mulut diorang mencerminkan tahap mana pemikiran diorang..Sekolah tinggi pun xguna klu xpandai guna bhsa2 yg sopan..Mencarut sana sini samalah mcm burukkan nama keluarga..Org xkan kata kita tp mak bapa yg akn disalahkan..Tak pandai didik anaklah  itulah inilah walhal yg teruknya tu kita..
 
Tapi yg xtahan tu bila kaum hawa ni mencarut kemain kena2 lagi yg bertudung..Allah!Sumpah hilang hormat dekat hawa itu..Sedangkan perkataan SH*T(maafkan aku) yg keluar dari mulut  hawa yg indah tercipta paras rupanya,lembut suara bila berbicara,hebat akal fikirannya buatkan pandangan kita berubah 360 darjah..Lelaki ni suka berkawan dgn hawa yg open minded dan ckp lepas tp klu nak cari bini dia cari yg sopan,indah budi bahasa seindah akhlaknya..
 
Tiada siapa yg dapat mengubah kita tidak teman tidak juga keluarga sebab smua tu terpulang pada diri kita hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..Aku tak kata aku baik tapi sekurang2nya aku mencuba untuk jadi baik..ANDA BILA LAGI?..peace no war ^_____^
 
Assalamualaikum..
 
p/s:minta maaf klu ada yg terasa tp rasanya isu ni jga salah satu isu yg HARUS kita ambil berat sbb org sekarang mcm dah xkisah dgn budi bahasa..*sigh!


Thursday, March 7, 2013

L.I.F.E



Assalamualaikum...
Mungkin entry kali ini agak serius atau mngkin bila korang baca korang dpt rasakan yg aku ni tengah menaip dlm keadaan emosi x stabil..Tapi percayalah aku buat entry ni tulus dari hati..Kenapa?Sebab aku tidak bermain-main dengan kehidupan..Entry kali ini aku isikan tentang "LIFE"..ya kehidupan yg aku maksudkan..

Aku bercerita bukan atas dasar imaginasi kerana apa yg aku cuba sampaikan adalah sebuah realiti..Kebelakangan ni aku selalu dengar keluh kesah dari org2 sekeliling xkiralah yg aku kenal ataupun tidak..Aku mmg xdpt bantu apa2 dalam masalah mereka tp untuk menjadi pendengar yg baik in shaa Allah..Kenapa aku tiba2 becakap tentang kehidupan?Sebab terlalu ramai yg mengeluh bagaimana susahnya kehidupan..Bagi aku kehidupan itu adalah sesuatu yg perlu kita nikmati dan manfaati kerana kehidupan adalah sesuatu yg indah bagi mereka yg mensyukuri.

Ada yg selalu mengeluh tentang perbelanjaan rumah,anak2,pekerjaan dan mcm2 lagi..Kita cerita bagai nak rak seolah2 hidup kita paling susah dan menderita didunia sedangkan kita x tahu ada yg lebih menderita dari kita ada yg sengsara dari kita tapi mereka diamkan kerana apa?KERANA mereka adalah org2 yg bersyukur yg diberi ujian oleh Allah SWT dan itu bererti Allah masih syg kepada mereka.Kita x tahu ada antara mereka yg mempunyai tragedi hitam dlm hidup sebelum ini tapi mereka masih bertahan utk hidup dan tidak mengeluh kerana apa?KERANA meraka tahu akan ada sinar baru yg akan hadir pada akhir nanti cuma mereka perlu bersabar dan redha dgn takdir Allah..

Kehidupan...bagi aku kehidupan itu sama seperti langit..Langit menjadi gelap ketika hujan kerana ditutupi awan hitam tapi bila hujan berhenti langit akan cerah seperti sedia kala malahan bertambah indah dihiasi pelangi..Maksud aku kehidupan tu kadang kala sukar tapi kita xpyh risau kerana pada akhirnya pasti ada kebahagiaan untuk kita..Kita semua menginginkan kebahagiaan dlm hidup tapi untuk mencapai kebahagiaan itu tidak semudah ABC..kita kena mengharungi pelbagai dugaan dan yg paling penting kita perlu bersabar.

Kehidupan itu mudah jika kita redha cuma kita sahaja yg suka menyukarkan keadaan dan suka membebankan fikiran..Xsalah untuk kita meluahkan perasaan kepada teman kita tp klu boleh jgnlah sampai membuka pekung didada..Minta pada Allah agar dipermudahkan kehidupan kita..Aku berkongsi atas dasar pengalaman mcm yg aku sebutkan tadi xperlulah aku membuka pekung didada asal kita redha kita akan dapat hidup dengan gembira..

Thanks for reading!Assalamualaikum..=)

Tuesday, February 26, 2013

Kehangatan Mentari

Assalamualaikum



Kenapa aku rasa panas matahari ni lain mcm?Terik sangat hingga menyengat segala lapisan lemakku ka aku ja yg rasa mcm tu?Banyak dosa latu..hahaha..Tapi serious panas sgt sampai kipas angin yg full tu pun xda rasa!Ada jgk la tapi angin tu jd panas..Fuhhhh xtahan woo klu dunia dah panas mcm ni ntah mcm mana pula panas api neraka kan?


Boleh dikatakan kepanasan ini amat hebat sebab menyebabkan aku dehydration sgt2 bibir pecah2 kau letaklah vaselin gel bebanyak mana pun xda maknanya..Tapi klu kau tak letak vaselin gel tu mungkin lebih teruk kan?Tahap keterikannya pula kau xpyh ckp silau mata beb!Ni klu tengah memandu ni kena pakai sunglasses ni klu x mmg jadi makanan tanahlah kau..


Bukan nak komplen apa tapi bila dah byk sgt pembangunan mulalah dunia ni rasa mcm api..Tinggal2kanlah hutan ka pokok besar ka sejuk jgk bumi Tuhan ni..Ni nama ja hujan sepanjang hari tapi panasnya masyaAllah bila dan hujan naik segala haba dari bawah tanah..Kalau kita yg dah tua bangkak ni kata panas membara apatah lagi adik2 kita yg jalan kaki pergi balik sekolah baby2 lg..Boleh kena kenser kulit woit!Paling tidak demam panas...Tu sebab kita disarankan guna benda2 yg kau boleh tempek dkt muka yg mengandungi SPF atau penghalang UV..


Bila dalam keadaan mcm ni kita kenalah rajin2kan diri minum air mineral sebnyak yg mungkin klu yg mampu beli lah air mineral berkotak2 simpan dkt rumah..Kalau nak jalan tu bawalah payung sekali xlah sinaran matahari tu direct terpancar dkt kulit muka ka kulit kepala ka..


Thanks for reading!Assalamualaikum..=)

Tuesday, February 19, 2013

Bila Si gadis mula shopping

Assalamualaikum

Aku klu bab shopping xla excited sangat mcm gegirlss yg lain tapi klu dah perempuan namanya mustahil langsung tak tergoda dengan benda2 yg ada di shopping mall lagilahhh klu dah depan mata..Niat nak beli satu benda hampeh!jadi beli sesuka hati kau selagi dompet kau belum keluar rama2..hahaha


Dgn tak sengaja aku terbeli bnda2 yg tak berapa penting..jgn salahkan org lain slhkan nafsu sendiri..muahahaa..Ok aku perkenalkan benda2 di atas..yg ada muka kartun hitam tu charcoal mask..yg muka putih tu charcoal cleanser dan towel belang2 hitam tu towel muka yg mengandungi charcoal sbyk 20% (nampaknya aku addicted dgn benda yg mengandungi charcoal knp x beli arang sekali buat mandikan?)..hahaha..Selain penjagaan muka, aku tertarik juga beli benang utk knitting ni sekali dgn bamboo dia(mau buatkan someone yg mau ke negara arigato2..heheeh)..Daaaannnn yg paling aku suka sekali kasut kelabu tu..lama suda aku idam2kan..hehehee..


Nampak tak? nampak tak?Kasut ni tinggi tp xketara sbb yg tingginya dari dlm..sbnrnya skrg aku dah xpandai pakai kasut yg tinggi2 tp kasut ni xrasa pun ketinggiannya rasa mcm flat ja..suke suke suke!*pengsan



1st time menggait benda alah ni tak sangka menjadi jgk rupa scarf..Belajar dari youtube xsampai dua puluh empat jam dah panjang mcm ni..Pasni boleh belajar buat sweater pula! 


Thanks for reading!Asslamualaikum..=)

Wednesday, January 30, 2013

Aku Menulis lagi

Assalamualaikum..
 
 
Ya hari ni aku menulis lagi!..Aku mmg malas bab2 mengupdate ni tapi disebabkan ada sesuatu perkara penting yg perlu aku share dekat korang maka ku gagahkan juga diri ini untuk menulis lagi..heheheh
 
Ok apa yg aku cuba sampaikan hari ni berkaitan dgn COUPLE ISLAMIC yg menjadi trend zaman sekarang..Sebenarnya aku pun xfhm kenapa perlu di campur adukkan perkara yg hak dan yg batil?Aku ngaku yg aku ni bukanlah baik sgt ilmu agama pun masih merangkak2 lagi.. klu dulu2 masa zaman jahiliyah byk benda aku xtau boleh ka tidak ka?Tapi tu dulu kalau dah tahu buat apa nak diteruskan kan?Yang haram tetap haram..
 
Kalau org yg kurang pengetahuan agama buat kira ada alasan lagi sbb xtau hukum agama tapi kalau org yg cukup ilmu agama buat?Aku pun xtau la lagi besar dosa yg ditanggung..Bukan nak menunding jari cuma aku rasa aku perlu kongsikan benda ni sbb benda ni dah berleluasa..
 
Lagi aku rasa macam nak lempang bila ada yg kata "kami couple islamik"..Aku terajang juga karang..Kalau nak couple suka hati kauorang la jgn suka suki nak mengislamikkan benda yg haram..Ya dak?
 
 
L:Umi bangunlah kita qiam sama2..
 
P:Baik abi..
(Kalau kau baca kau rasa mcm islamik sangat main umi abi kau!)
 
 
 
 
 
L:Sayang dah solat belum ni?
 
P:Ayang dah solat..
(pertanyaan tu bagus tapi kemain sayang bagai)
 
 
Kalau sesama sendiri x pa..ni siap post dekat laman2 sosial yg ada pastu satu dunia baca nak tunjuk yg korang couple islamic?..Ada lagi yg post "Perhubungan kita adalah kerana redhaNYA,cinta kita adalah kerana Allah,mudah2an cinta kita till jannah"..Ada juga aku muay thai karang..
 
 
Betul sedangkan org yg tinggi ilmu agama pun boleh tersungkur apalagi lah manusia mcm aku ni iman goyah sgt kena jentik dek syaitan habis bertaburan..Tapi kalau kita mahu kita boleh buat semuanya bergantung pada diri sendiri selebihnya serahkan pada Allah SWT..Kalau asyik ikutkn perasaan sukalah si iblis dengan kamu..
 
 
Setakat ni dulu yg dpt aku huraikan lain kali aku share benda lain pula..Terima kasih sudi baca!Jaga hati,jaga diri,jaga iman dan apa2 yg perlu dijaga jagala sebaik mungkin..
 
Assalamualaikum..=)

Thursday, January 3, 2013

Sekolah terbaik bagi aku..

Assalamualaikum
 
Selamat kembali ke sekolah adik-adik!Belajar rajin-rajin untuk juniorku disekolah menengah lama jgn nakal2 nanti masuk bilik disiplin tak dapek den nak nolong..hahaha
 
Sekian lama i menghilangkan diri dari alam blogger ni aku kembali dengan cerita jaman sekolahku..skreeetttt skema!Bagi aku sekolah lama akulah terbaik bukan setakat mengajar menjadi pelajar yg terbaik tapi sekaligus menjadi insan yg berguna didunia dan juga akhirat.
 
Aku xkisah pun apa org nak cakap fasal i punya sekolah dan aku lagi xkisah bila org banding2kan dengan sekolah lain..Biasalah "sekolah itu muridnya lebih pandai" "sekolah itu gurunya pandai mengajar" macam2 kita dengar but who cares?Sekolah bukan sekadar mengajar kita jadi manusia tapi seorang INSAN ya ditegaskan sekali lagi SEORANG INSAN.Tertanya2?Benar manusia dan insan memang berbeza.
 
Cerita fasal apa baiknya sekolah aku tu?Bukanlah hebat sangat akademik berbading sekolah2 lain TAPI!ada tapinya..Sekolah ni banyak membantu aku mengenal tentang agama yg indah agama Islam.Untuk pengetahuan sekolah ni sekolah kerajaan biasa dan bukan sekolah agama tapi dalam penghayatan Islam aku tak nafikan mmg UMMMPPPPHHH!!!
 
Dan...dan..dann perkara yang mengagumkan hampir semua pelajar boleh menghafal surah yassin dan al-mathurat..Alangkah bergunanya program yang dilakukan pihak sekolah..Syukur alhamdulillah!Subhanallah!Aku kagum sekali dengan cara guru2 disana mendidik pelajar2 terutama pengetua sekolah yg x putus2 melakukan sesuatu tindakan yg luar biasa..Semoga diri beliau sentiasa dirahmati Allah SWT.
 
Oke mari aku list kan program2 yg dilakukan disekolah:
 
1.Membaca surah yassin atau mathurat(setiap pagi bg sidang pagi dan tghri bg sidang ptg)
2.Diberi masa untuk solat(ada catatan untuk diperiksa olh pengetua)
3.Melakukan solat hajat beramai2 disurau sekolah
4.Kem2 keagamaan cth:kem bina solat dan byk lg lah aku pun xingat)
5.Qiam
6.Bila masuk bulan ramadahan akan ada tarawih di sekolah
dll.
 
Apa yg baiknya bila pengetua sekolah sering menekankan tentang solat kerana solat itu tiang agama dan masa juga dititkberatkan kerana dalam surah Al-asr juga Allah bersumpah DEMI MASA..How wonderful!I love my pengetua sbb beliau slalu stop kelas bila masuk waktu solat..
 
Tapi dunia dan akhirat kenalah seimbangkan?Sekolah ni x meminggirkan akademik sebabbbbb program utk akademik juga mmg hebat!Aku x mampu listkan..ahahah..Org selalu kata sekolah ni plihan terakhir sedangkan tahap akademik sekolah mampu bawa pelajar ke menara gading buktinya bebudak dlm kelas aku hampir semua masuk IPTA ada yg dapat melanjutkan pelajaran ke Mesir.
 
Itulah maksud pengetua selama ni kita x lupa Allah maka Allah xkan lupa kita yg penting solat kena jaga ya adik2..hehehe
 
Thanks for reading..=)
 
Assalamualaikum...

Thursday, September 20, 2012

Sandakan(Part 1)



Assalamualaikum..=)


Sepatutnya bnda ni lama sudah diupdate tp memandangkan semua fotonya ada sama kazen gue jadi terpaksa deh gue nungguin dia ngapdate di facebooknya..ahaha..Dengan belas ihsan dari Cik Edaya dpt ler i update entry ni..huhuh..Sebenarnya masa ni kazen ak yg disandakan kawin so sambil2 tu kami pegi holiday ler..Ok baiklah rakan-rakan dengan lafaz bismillah saya persembahkan foto yg sempat disnap(ok skema!)



Bunga dan telur maka jadilah bunga telur..hahha..Kalau kenduri2 kawin xda bunga telur x sah kan kan kan?


Nilah dia bala2 tentera yg bersama2 menjayakan projek bunga telur..


Jangan tuduh ak curi tulang..Aku pun termasuk oke!hahaha

Sementara tunggu abg aku habis solat jumaat jadi kami singgah gerai bakso jawa..Mesti kamu tertanya2 mana baksonya?..Baksonya udah kami makan ya..Dengan gelojohnya ak minta belikan burger lagi tp share la memandangkan sudah macam naga perut tu(ammvooii bukan main bernafsu anak2 dara ni)..ahaha..Kazen ak minta org tu belah jadilah pula burger cinta lop lop gitu..heheeh



Hah..masa ni kami dgn bangganya rasa mcm dkt kehel pun ada sbb shopping mall yg baru disandakan sangat besar..Tapi bila masuk yang adoo!masih baru xda apa pun dalam tu..Cari kbox pun xjumpa sbb blum buka lg..haha


Masa ni ak dgn kazen ak ni terkinja-kinja nampak tu motor sbb macam motor yg dlm x-men tu kan daya kan?..Memandangkan org dia xda so kmi pegi curi2 bgambar..kazen ak paling semangat sepenuh jiwa dan raga dia bgambar dgn motor tu..hahaha


Yang ni dkt kbox..Punyalah susah mau jumpa kbox disandakan pusing pny pusing x jumpa last2 kazen ak ni pegi tny kwn2 fb..Akhirnya jumpa jgk la tp itu pun tpksa pegi hotel dia ada la kbox disana..ak xingat apa nma hotel tu..Oke la cantik hiasan dalaman dia cuma set karoke dia msih guna tv biasa..hmmm


Malam tu majlis akad nikah kazen aku pija..Semua keluarga pihak pengantin perempuan kena suruh pakai jubah hitam maka sedondonlah kami semua..heheh..pengantin kecik saja ak yg yoyo oh di depan tu..


Ni pelaminnya..lepas akad nikah majlis berinai pula tu sebab sekali ada pelamin sana..


Ni pija kazen aku yg nikah tu..cantik manis orangnya..Entah bila pula giliran aku..ahahaha..Amvoi amvoi langkah bendul kaka sendiri kau kina!Kelaasss!ahhaha..Takde maknenye pun~


Ketika akad sudah dilafazkan maka si suami menyarungkan cincin kejari manis si isteri tanda ikatan yg suci..Wah!Kemain ak madah berhelah disini..hahha


Kami pun tidak melepaskan peluang untuk bergambar..Mcm xbiasa kalau perempuan pantang nmpak cermin mesti snap!snap!pnyaaaa...


Bukan yg muda saja yg mau berpose yg tua juga tak kurang hebatnya..ahahaha..kiri dan kanan itu macik2 ak yg tengah tu my beloved mama..muaaahh!


Kan gue udah bilang..Klau bulan bisa ngomongggg ehh!hahaha..Sedhondhon yo!hehheh


Ohyeay!Tanpa membuang masa kami mestilah merasa pelamin itu!manalah tau tahun depan ada antara yg berdiri tu pula yg kejinjang pelamin..yahooo!hahah


Inilah gadis bertudung coklat ka krim ni?Antamla..hahah..inilah kazen ak yg selalu memberi gmbar2 utk ak update blog ni..Tengkiu-tengkiu..xie xie..syukran!vanakam?..offside!ahahah..Terima kasih atas belas ihsan mu..hahahah..Ep!ep!ep!Tidak dibenarkan mengorat kerana ini gadis comel lote sudah ada yg pooonyaaaa..hahaha..Melepassssss~~~(Gigit jari jela yer)
*
*
*
*
Assalamualaikum..=)